Ya, dalam menongkah arus kehidupan, kita akan bertemu dengan ramai orang. Terlalu ramai. Sangat ramai. Amat ramai. Dari seorang pengemis hinggalah kepada Yang Behormat, semuanya datang dengan membawa peranan dan fungsi sendiri.
Cuma di sini, ingin sekali aku tekankan tentang persahabatan. Tiada cerianya hidup tanpa rakan dan teman terutama ketika jauh dari keluarga. Sahabatlah kawan, sahabatlah lawan. Mungkin sebelum ini kau lah yang paling rapat, tapi sekarang kau lah yang paling bangsat. Maaflah terkasar bahasa. Cuma ini adalah hakikat dunia.
Kadang aku terkilan dengan sikap sesetengah yang aku panggil 'teman'. Terkilan. Tapi tidaklah sakit hati. Bila susah, baru terasa kewujudan aku dalam dunia dia. Bila senang, aku ni macam anjing je. Kalau tak pun, dia 2 macam mak datin pegang selipar, main cuit-cuit hujung jari je. Macam tu lah kau buat aku.
Tapi macam mana pun, aku tidaklah hairan denagn perangai macam ni. Mungkin aku jua begitu tanpa aku sedar. Aku tak pernah buang kawan. Tapi yang buang aku mmg ramai lah. Dan yang mintak dibuang pun ramai jugak. Tak kisah. Aku tak pernah nk kisah dengan semua tu. Kecik hati perkara biasa.
Sedikit aku hairan dengan sikap sesetengah 'kawan'. Bila kawan kau tu lama xcontact, x kol kau, xsms, YM xreply, kat fb senyap, tukar no tak bgtaw, planning nk jmp x jadi, raya xdtg umah, jangan la kau nak kecik ati sangat.... Rileks sudah. Try to think positive laaa... Don't expect too much on people.
Jangan la sampai tahap 'ah, tukar no tak bgtaw' tak pon 'lps kawen senyap je, blah r kau!'. Hey! Kamon laa weyhh.... Percayalah cakap aku, 'Friends Forever'. Persahabatan tu pasti kekal. Cuma mungkin keakraban tu berkurangan. Semua orang ada life masing-masing. Suma orang nk bina hidup sendiri. Takkan kawan2 suma nk menghambakan seluruh masa diorang kat kau sorang je.
Yang dulu xbercinta, tapi sekarang dah pndai bermaksiat, pon berubah jugak. Yang dulu hingus meleleh-leleh, skrg dress up macam kafir kurafat, namanya berubah jugak. Yang dulu jahil cm xde agama, sekarang dah pandai hafal hadith, itu pon perubahan jugak banggg.... Semua orang berubah...
Kenalah faham, semua orang bz dengan life masing-masing. Jangan harapkan memori2 yang lama berulang. Yang sudah tu, biarkan berlalu... Kalau dia bz dengan chenta nya, biarkan. Die sms bf/gf die 24 hours, tp haram satu pon nk msg kau, jgn la kau marah. Itu hidup dia. Dia nak tukar no tp xbgtaw kau, biarkan jela. Mungkin dia lupa nak bgtaw kau. Atau dia rasa kau xpenting dalam hidup dia. Jangan la kau nak marah-marah aku pasai tanak bg no tepon aku kat kau...
Kau marah kawan kau sbb xigt kau, xcontact kau dan segala bagai. Then lps tu kau soh member mcm tu blah dari idop kau. Lupakan pepatah friends forever dari persahabatan kita. Jangan la jahil sangat. Kau sedar x siapa yang buang sape sebenanya?
Kau rasa kau menyalak2 carik kawan2 yang senyap tanpa khabar. Kawan yang dok jauh sana sini. Bila aku senyap, kau marah aku. Pastu kau kata aku ni kawan cap ayam. Lepas tu kau cakap aku lupa kawan. Xperlu kawan macam aku. Nak pupuskan aku dari life kau. Then kau kata, kau dah puas menyalak kat aku, sekarang kau nk berhenti menyalak. Yelah, lps berhenti menyalak, kau menggigit plak kan? Kau buang kawan!
Huuuuuu sila ingat, buang kawan dengan lupa kawan tu adalah dua perkara yang sangat berbeza! Kau datang dalam hidup aku, kita kawan, dan kau yang pilih untuk pergi. Pilihan!So, pilih! Renung-renungkan, dan selamat beramal!
panas,panas,panas!!