Nisa HEBAT
Manusia itu pelbagai
Tidaklah satu malah beribu
Mana mungkin sama pasti berbeza
Berlainan rupa apatah lagi jiwa

Satu demi satu
Aku jumpa aku teliti
Aku dekati aku jauhi
Lelah, aku terkapai2 dimusuhi

Perlukah gunting dalam lipatan
Laparkah hinggakan mahu memakan kawan
Sakitnya dikhianati
Rintihan hati kepada diri

Ah manusia bukan?
Dasar hati siapa yang tahu...
0 Responses