Hati. Sukar untuk difahami walaupun milik sendiri. Apatah lagi hati yang lain. Begitulah.... Saya sedar saya bukanlah manusia yang sempurna. Bukanlah khalifah yang tiada dosa. Bukanlah juara yang tiada tandingannya. Dipenuhi khilaf dan dosa. Sentiasa leka dengan mainan jiwa.
Saya sedar kekurangan diri saya. Namun tidak bermakna saya tiada perasaan. Tidak bermakna saya tunduk dengan paksaan. Saya juga punyai ego sendiri. Saya juga punya kemahuan peribadi. Saya mahukan yang terbaik untuk diri.
Tetapi, tidaklah saya terlalu mementingkan diri sendiri sahaja. Saya tahu erti mengalah. Saya tahu maksud bertolak ansur. Memaafkan juga telah lama saya pelajari. Pengertian istilah 'persahabatan' juga tidaklah asing dalam diri saya.
Saya diam. Saya senyum. Saya menangis. Saya mengalah. Saya terluka. Saya terusik. Saya cuba. Saya cuba. Saya cuba. Tapi terus-terusn awak melukakan. Apa salah saya? Di mana silap saya? Berterus-teranglah supaya saya lebih memahami. Supaya saya lebih mengerti. Saya juga manusia biasa. Tidak pernah sempurna dan tidak mungkin akan sempurna.....