Nisa HEBAT
Thnx for calling. At least you make me laugh.








stress, keje byk!

Nisa HEBAT
Waiting for you call...
;p
Nisa HEBAT
-I'm Happy-

Thanx mak ayah, along, k.fina, acik & aman for our precious memory.

Thanx to my theater family. Gonna MISS all of u and those of our moment.

Thanx to all friends for supporting me.

Saya sayang awak semua lah!!!!!!

*kiss kiss*

tp,

For those yg ada terkecik hati, MAAF. Last week, i'm totally bz darl....
Nisa HEBAT
Mom, you're a wonderful mother,
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

You're patient when I'm foolish;
You give guidance when I ask;
It seems you can do most anything;
You're the master of every task.

You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.
You help in times of trouble;
You support me whenever I call.

I love you more than you know;
You have my total respect.
If I had my choice of mothers,
You'd be the one I'd select!


Why suddenly I dedicate this to mom? Because of a message from her at FB!

Demam?

Between You and Hasimah Manab

Hasimah Manab October 14 at 9:59pm
Tadi mak try anto comment, tapi x berjaya jugak. kena anto message ke pulak? kalau demam, pegi le ke klinik... ke saja x nak gi sbb esok ada le alasan x g kuliah.....
Reply:



Hahahahaha at first place I just laugh. Tak la mak, Ica demam ha.... Busy sangat... Btw, thanx mom for understanding me! ngeeeeeeeeeee Love u so much mak!
*hug hug kisses kisses*

I FEEL HOMESICK!!!!!

Nisa HEBAT
Mula2, aku xde terniat langsung nak tau ape2 kisah yang dah lepas. Yela, benda dah lepas, watpe nk tau... Tapi, after dengar pelbagai version smlm, rasa cm best plak. Ye r, dapat r tau sape sebenarnya tikam dari blakang, sape yang muka suci hati taik, sapa yang ikhlas dengan aku dan siapa yang tidak....

Sedih. Sebab rasa macam bodoh. Ada sorg nih, aku tak sure ape salah aku dengan dia. Yang pasti, aku xpernah ada ape2 masalah ngn dia, even nak sembang ngn die pon amat jarang! Boleh dikatakan xpernah weyh... Paling lebih pon, abes kelas, aku senyum je kat die, then hye2 sket, n dats all. Aku xpernah duduk semeja atau baring sekerusi dengan dia. Sedar2 je, die burukkan aku kat orang lain. Cakap jgn rapat sgt ngn aku pasal aku ada tlg sekor minah ni menjayakan kerja2 blog beliau. Alahai...... Sedih! Bukan aku nak sedih ape, tp mengenangkan sikap orang macam ni aku rasa xrugi aku sekadar hye2 ngn dia je sepanjang idop aku. Iskkkkk siap dlu aku pnh dgr cter ar, die kata senyum aku kat dia tu, FAKE! wtf lah. Opsss tapi xleh nk salahkan dia, die pon bkn kenal sgt aku. So, dia xtaw yg aku mmg ske senyum, bukan buat muka langsi bila jmp orang. Haihhhh aku xde r nak saket2 ati sangat pasal nih, tapi kalo ko rasa aku ni xsebaik cm ko, xpyh la nk FAKE depan aku. Annoying. Stlye aku, suka cakap suka, xsuka ckp xsuka. Senang. Xde nak saket2 ati. Enough.


Ni lah kan...kadang2 kita xbuat salah pon ngn orang. Xbuat ape2 pon! Even nak sebut nama die pon x! Suddenly je, jadik macam tu. Heh! Tapi ye r, tu suma kisah dulu2 yang aku baru tau smlm. Nak saket ati pon xguna, lg2 pada orang yang sebaik dia, sesuci dia, selembut lemah dia! Aku ni lain r, kasar, berlagak plak, kuat mencarut lagik. So, aku xlayak nk mencik2 orang ni, tmbh lagi orang tu semulia dia.


Lagi satu topik yang dibincangkan smlm, FAKE. Perlu ke FAKE? Depan orang ni, kau tunjuk kau semayang xtinggal, ko kuarkan hadis2 kau, kau jaga adab dan tatasusila. Syukur alhamdulillah.. Tapi depan orang lain, masyaallah! Jangan cter arh.... Dialah syaithonirajim! Aku penah kena weyh ngn orang mcm nih! Mula2 kenal, engkaulah raja, engkaulah dewa. Dah lama kenal, kaulah syaitan, kaulah beban.... Serius! macam ape je.
(nak mencarut, tp xleh, nnt ada yg marah!;p)

Entahlah....ada gak kawan yang gunting dalam lipatan. Puas aku tolong. Puas aku gelak ketawa ngan dia. Puas aku hang out, chill sama2, tgk wayang, bpoya2 bagai. Sedar2, dia wat palat ngn aku. Perghhh memang pedih ar weyh. Rasa cm 'susu aku bagi, asid kau balas'. Kalau dah menda aku xbuat die ckp aku buat, menda aku xckp die kata aku cakap, tp dlm masa sama buat baik ngn aku, aku pon xtaw r nk ckp cmne.... Come on la, kita kawan2... Nak mengumpat menda biasa, tapi jgn smp nk jatuhkan maruah kawan2 r weyh. Maruah!! Kalau maruah kau orang sepak2, pe kau rasa? Seronok? Lepas hal tu jadi, seriusly, aku dah totally stop percaya orang 100%. Pe guna jadi kawan baik kalau maruah kawan kau pijak? Apa guna jadi kawan kalau burukkan kawan2 sendiri. Tapi nasib baek, atas sikap aku yg lebih straight to the point nih, aku ngn dia dah ok. Cuma untuk letakkan kepercayaan aku pada dia, mungkin dah jadi mustahil. Yela, dah orang jaja hal aku kat orang lain, orang yg xde kaitan ngn aku lak 2, mmg palat lah! Sabar... Sabar... Sabar.


Hari ni, susah cari kawan, tpi senang jmp gunting dalam lipatan. Biarlah apa orang nak kata, aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia yang aku cipta sendiri. Orang mintak tolong, aku tolong. Orang nk luahkan masalah, aku dengar. Orang nk bercerita, aku tadah telinga. Harapnya nanti, orang2 ni la nanti yang akan tolong aku bila aku susah. Yang mendengar bila aku nak meluahkan. Yang menadah bila aku nak bercerita. Bukan sekadar nak gunakan kawan bila kesusahan, dan lawan bila kesenangan. Bukannya kawan yang claim pe dia bg kat aku, sedangkan xsedar pe yg dia amik dari aku. Yelah, kawan2 ni, kalau dua tiga ringgit nak berkira, myb in future kawan baik aku sepatutnya buku resit sahaja!


*chill*chill*chill*

Nisa HEBAT
Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini

Dalam mencari cinta sejati nan suci

Mungkinkah segala derita di jiwa

Akan terubat kini


Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian


Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...
Nisa HEBAT
2 nov 09 (monday) - ISB 533 ; Usul Fiqh
3 nov 09 (tuesday) - MGT 533 ; Research Methodology
4 nov 09 (wednesday) - MGT 543 ; Personal Development
5 nov 09 (thursday) - ISB 535 ; Islamic Financial Planning

* 16 oct 09 (friday) - theater show.

-dalam mood kepasrahan-
Nisa HEBAT
At last, the scary Friday was over!! Seronok! Tiba masa bersuka ria. Tima ksh kepada M***, A*** dan C** yg sama2 berkaroke dan bermekdi smp pg2 buta. Sangat release tension. Tenkiu2.

Tomorrow, gonna meet mak ayah! Seronok! If sempat, akan jmp Faizal pula! Oh, xsangka! Then, teater! Seronok!!


That's life. Kadang2 rs seronok, kadang2 rs x. So, I'm enjoying my moment!


Chill!!!


I miss you yayang~

Nisa HEBAT
Bila aku berbisik, ada yang ingat aku menjerit.
Bila aku diam, ada yang buat tak paham.

Tapi bila aku berblog, ada yang fikir baju dia aku seluk.


Adoy...mungkin salah aku pasal terlupa yang selain aku, ramai lagi yang paham Bahasa Melayu.


Adoy! Adoy! Adoy!!!

Nisa HEBAT
Faizal, aku xsure samada kau baca post aku yang latest tu. Tapi sumpah aku terkejot dengan msg kau.

'0-0?'

Aku xpenah buang kau, tapi kau yang pilih untuk pergi....


Ladies and gentleman, kan aku dah ckp, Friends Forever, cuma keakraban tu yang kurang.

Ko accept k yang kita semua dah ada life masing2. Jangan lagi nk sentap2 kalau aku senyap xde khabar berita. Kawan tetap kawan. Dan hari ni aku hepi sangat2.


Nisa HEBAT
Ya, dalam menongkah arus kehidupan, kita akan bertemu dengan ramai orang. Terlalu ramai. Sangat ramai. Amat ramai. Dari seorang pengemis hinggalah kepada Yang Behormat, semuanya datang dengan membawa peranan dan fungsi sendiri.

Peranan dan fungsi ini boleh kita kategorikan kepada dua sahaja, iaitu khianat atau khidmat. Jadi, sebagai manusia berakal dan berakhlak mulia, anda boleh memilih peranan yang anda rasa layak untuk diri anda.

Cuma di sini, ingin sekali aku tekankan tentang persahabatan. Tiada cerianya hidup tanpa rakan dan teman terutama ketika jauh dari keluarga. Sahabatlah kawan, sahabatlah lawan.
Mungkin sebelum ini kau lah yang paling rapat, tapi sekarang kau lah yang paling bangsat. Maaflah terkasar bahasa. Cuma ini adalah hakikat dunia.

Kadang aku terkilan dengan sikap sesetengah yang aku panggil 'teman'. Terkilan. Tapi tidaklah sakit hati. Bila susah, baru terasa kewujudan aku dalam dunia dia. Bila senang, aku ni macam anjing je. Kalau tak pun, dia 2 macam mak datin pegang selipar, main cuit-cuit hujung jari je. Macam tu lah kau buat aku.


Tapi macam mana pun, aku tidaklah hairan denagn perangai macam ni. Mungkin aku jua begitu tanpa aku sedar. Aku tak pernah buang kawan. Tapi yang buang aku mmg ramai lah. Dan yang mintak dibuang pun ramai jugak. Tak kisah. Aku tak pernah nk kisah dengan semua tu. Kecik hati perkara biasa.


Sedikit aku hairan dengan sikap sesetengah 'kawan'. Bila kawan kau tu lama xcontact, x kol kau, xsms, YM xreply, kat fb senyap, tukar no tak bgtaw, planning nk jmp x jadi, raya xdtg umah, jangan la kau nak kecik ati sangat.... Rileks sudah. Try to think positive laaa... Don't expect too much on people.


Jangan la sampai tahap 'ah, tukar no tak bgtaw' tak pon 'lps kawen senyap je, blah r kau!'. Hey! Kamon laa weyhh.... Percayalah cakap aku, 'Friends Forever'. Persahabatan tu pasti kekal. Cuma mungkin keakraban tu berkurangan. Semua orang ada life masing-masing. Suma orang nk bina hidup sendiri. Takkan kawan2 suma nk menghambakan seluruh masa diorang kat kau sorang je.

Yang dulu xbercinta, tapi sekarang dah pndai bermaksiat, pon berubah jugak. Yang dulu hingus meleleh-leleh, skrg dress up macam kafir kurafat, namanya berubah jugak. Yang dulu jahil cm xde agama, sekarang dah pandai hafal hadith, itu pon perubahan jugak banggg.... Semua orang berubah...

Tapi, jangan lah perubahan tu mengubah erti sebuah persahabatan. Jangan dilacurkan nilai persahabatan yang pernah kita semua agung-agungkan. Kalau dulu kita ketawa sama-sama, hari ni mungkin kita hanya tersenyum sahaja. Kalau dulu kita menangis sama-sama, xmustahil esok kita menjadi seteru tak diduga. Dunia berubah..manusia berubah...

Kenalah faham, semua orang bz dengan life masing-masing. Jangan harapkan memori2 yang lama berulang. Yang sudah tu, biarkan berlalu... Kalau dia bz dengan chenta nya, biarkan. Die sms bf/gf die 24 hours, tp haram satu pon nk msg kau, jgn la kau marah. Itu hidup dia. Dia nak tukar no tp xbgtaw kau, biarkan jela. Mungkin dia lupa nak bgtaw kau. Atau dia rasa kau xpenting dalam hidup dia. Jangan la kau nak marah-marah aku pasai tanak bg no tepon aku kat kau...


Kau marah kawan kau sbb xigt kau, xcontact kau dan segala bagai. Then lps tu kau soh member mcm tu blah dari idop kau. Lupakan pepatah friends forever dari persahabatan kita. Jangan la jahil sangat. Kau sedar x siapa yang buang sape sebenanya?

Kau rasa kau menyalak2 carik kawan2 yang senyap tanpa khabar. Kawan yang dok jauh sana sini. Bila aku senyap, kau marah aku. Pastu kau kata aku ni kawan cap ayam. Lepas tu kau cakap aku lupa kawan. Xperlu kawan macam aku. Nak pupuskan aku dari life kau. Then kau kata, kau dah puas menyalak kat aku, sekarang kau nk berhenti menyalak. Yelah, lps berhenti menyalak, kau menggigit plak kan? Kau buang kawan!

Huuuuuu sila ingat, buang kawan dengan lupa kawan tu adalah dua perkara yang sangat berbeza! Kau datang dalam hidup aku, kita kawan, dan kau yang pilih untuk pergi. Pilihan!So, pilih! Renung-renungkan, dan selamat beramal!
Nisa HEBAT
If I can turn back time,

I will choose this second...

this,

this,
and those of our moment dear.
Nisa HEBAT
There's so many thing crossing my mind lately. Friendship, life, understanding, money, patience, courage, happiness, tears, problem, family, studies, car, and etc. Many things about a thing. That's all about life... Yes, we need someone to hear, to share and to cry with...

-I am busy and I am tired.-

Nisa HEBAT
Today is Along's Birthday.
3'rd Oct 2009

So Along, u r 20++ now. Menghampiri 30 nampaknya. ;p

May Allah bless u, n your life full of happiness with your love one.

Thanks for being a good brother of mine.

Proud to be your sister!

Adik sayanggggggg Along!
*hugs n kisses*

when we r still kids ya along! =)

Love to see ur happiness. ;)

Nisa HEBAT
Sukar, memang sukar untuk memahami dan difahami..... Dalam mengharapkan insan lain memahami situasi, keadaan dan perasaan diri kita, tanpa disedari kita sebenarnya sedikit tidak memahami situasi, keadaan dan perasaan insan lain.

Kesilapannya di situ. Dangkalnya di situ. Mungkin sekadar luahan kata, mainan hati, namun ia pengajaran beharga tentang kehidupan. Di mana kita perlu belajar untuk berdiri sendiri walau kaki xmampu berfungsi. Belajar berlari walaupun masih lemah untuk berjalan.


Setiap manusia mempunyai kehidupan sendiri. Tiada siapa yang mampu untuk menghalang dan tiada siapa boleh dihalang. Dan sama sekali melarang dan dilarang. Jalan yang dipilih adalah mengikut kehendak hati dan floranya adalah pilihan sendiri.


Begitulah kehidupan, seharusnya jangan meletakkan expectation terlalu tinggi dalam semua perkara. Semuanya harus berpada.... Dan paling penting, keindahan semalam hanyalah memori... Kepahitan kelmarin jangan dibiar terus menari.....


-1001 Nisa-
Nisa HEBAT
Orang kata, mulakan hari dengan senyuman. Tapi maaflah, aku dah mulakan hari aku hari ni dengan maki memaki dan rasa marah. Bengang. Annoying lagi menyampah. Minggu demi minggu semua orang semakin bz rite? Macaam2 kerja. Aku yang sebelum ni selalu bertenang, mula menggelabah dengan pelbagai kerja.

Dat just ok. Asgmnt, kerja, test, kuiz, presentation semua tu bukan la masalah sebab semua org pon menghadapi menda yang sama. Cuma hari ini, akar kepada kemarahan aku tercetus apabila aku keluar jam 2.30 pagi dan menuju ke pusat komersial seksyen 7 Shah Alam. Dengan niat sekadar untuk print asgmnt RM yang baru aku siapkan. Nak print dua helai je pon.


So smp dlm kul 2.35, aku memasuki kedai yang buka 24hours yakni XXX Xxxxx Xxxx. Biasa la kalo dah rmai org, kena la Q. Xde hal. Tapi kalau yang ada stakat 3 4 org nk print, kul 3.10 minit pon aku xdpt print lagi, mmmg aku marah ahhh... Senang la nk cakap sabar tu sebahagian dari iman. Dengan kadar keimanan aku yang cukup2 makan ni, mmg susah la aku nk sabar kalau dah cmtuh weyhhh... Lama kowt!


Aku paham bila ppuan2 yang sedang memprint asgmnt diorg ni print kemain lama lagik. Asgmnt diorg banyak. Ok lah. Aku paham, aku pon student jugak. Tapi yang buat aku rasa nak mencarot kat diorg ialah terrgedik2 time nk print tu la nk edit2 asgmnt. Hoi! Kodai ni, abah kau punyo?! (sekadar dalam hati). Mula2 leh r aku sabar. Tapi kalo dah 4 org (satu geng) ni masing2 nk print, pastu setiap helai nk edit, masih wajarkan aku bersabar?


'bang, yg ni buang border dia'. 'bang, yang ni kecik sgt, tlg besarkan'. 'bang, ni nak print lagi satu, xcukup la'. 'bang, nak memantat ngn abg'. huhhhhh ayat yg last tu saje tambah. bengang punya pasal weh! agak2 la...kul 3lbeh kot, aku dah r ngntok, nk tggu lama lak. Aku xkesah kalao diorang nk print smp 300ribu helai sekalipon. Aku paham. Tapi biar la smooth je keje2 print tuh. X r aku bengang. Ni ntah la, sejak bila kdai printing ada pakej editing asgmnt pon aku tataw. Promosi raya ke?


Last2, dengan rasa marah yang terpendam, aku dengan lembut lagi sopan santun tny la abg tu, 'bang, lama lagi ke?'. abg itu lalu menjawab, 'ada 2 org lagi'. perghhhhhhhh 2 orang tu adalah ppuan2 dalam geng 4 org tuh. mmg xdpt ah nk tggu. kang sedar2 leh tros g padang kawad je, naik bas, smp fac, hantar asgmnt! so, 'leh print ni jap x, dua helai je' (dengan muka tahan sabar). bleh la plak abg tuh tny dlu kat ppuan2 tu, 'leh ke ni? 2 helai je'. aihhhh xpe, dari sudut biz, myb die nk jg ati customer kan. yg aku bengang, ppuan2 tu leh lak ckp 'xleh!'. perghhhhhhhh


Tak wujud consideration di situ! Dan apabila tiada consideration, termaktub lah die manusia yang selfish! Kalo x pasal asgmnt tu nk submit cepat, xkuasa la nyahhh nk tggu lama2 gitu! tp nsb bek abg tu rileks je, print gak la asgmnt aku tuh. annoying nya aku pada ppuan2 tu mmg tahap abugen la. after membayar RM 0.60 dan menunggu hampir 40 minit utk print 2 helai kertas, aku berlalu keluar dari kedai tersebut.


Melangkah ke kereta dengan penuh gemalai. Dan di dalam kereta, kawan aku yang baik ati, si Anis Maisarah setia menanti. Pe lagi, journal mencarut mulalah dicipta. Puas aku maki hamun. Anis pon xkomen ape2, lebih2 pon die tambah2 je ayat aku. Dan biasa la aku, bila marah je, mulut aku pot pet pot pet non stop. Macam2 la. Yang pasti, aku sgt marah. Bengang. Bukan sebab tggu lama, tapi annoying dengan sikap ppuan2 2. Selfish.


Oleh yang demikian, anda semua, kalo nk print asgmnt tuh, make sure dah perfect bagai, baru la g kdai printing. X payah dok nk tgedik2 edit asgmnt anda kat kedai. Pelissss la!


So, perjalanan hidup diteruskan. Aku yang sambil drive sambil memarah2, mencarut xbpe nk mencarot ah, (azam baru, xnk mencarut) aku tny kan kat anis nk ke sundae die ice cream yg die ngidam2 tuh. So, ktorg tros ke mekdi. Anis beli sundae, aku beli light coke. Tapi, 2 ringgit je duit anis, selebihnya duit aku. Maklumlah, ppuan ni kan dah dalam kategori tanggungan aku. Anak kandung la katakan. Hahahahahha


Balik dari mekdi plak, nyaris la xlanggar moto. Bak kata anis, moto tu 'macam lintasan syaitan'. Tetiba je muncul. Nasib x eksiden. Aku pon xfaham la ngn sikap pemandu dan pembonceng motosikal masakini (nada pembaca berita). Grrrrrrrrrr


Oleh yang demikian, tu je lah. Anda semua tentu penat membaca. Ini sekadar santapan minda dan perkongsian pengalaman hidup. Ahhhh sebenanya menyampah lagi ni weyh! Geram! Eeeeeee!!!!!!! So korg, masihkah mampu mulakan hari dengan senyuman seandainya mengalami insiden2 mcm aku nih? Renung2kn, dan selamat beramal! ;p

Nisa HEBAT
Untuk ayah, Hepi Besdey!!
Semoga hari2 mendatang lebih membahagiakan bagi ayah.
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik.
Tempat Ica bermanja dan menangis.

Takde ape yang Ica mampu bagi pada ayah, hanya kasih sayang yang ikhlas dari seorang anak kepada bapanya sahaja.
Ica sayang ayah!!
*kiss2*


Nisa HEBAT
Apa sepatutnya yang aku rasa apabila baju raya aku hanya siap pada raya ke-8??? Xde perasaan! Hahahahahha
Nisa HEBAT
Kau genggam hatiku dan kau tuliskan namamu
Nisa HEBAT
Hari raya ke 6. Tido, bangun, jaga nenek, tdo, balik umah, mandi.... Itu je aktiviti zahir aku.
Tapi batin aku sedang beraktiviti dengan hebat merindu rindu rindu dia.
Iskkk..... Rindu! Mabuk rindu....


If you feel what I feel....
kangen bangat sama lo!
*hug and kisses*