Nisa HEBAT
Sakit. Sakit. Sakit.

Terasa
SAKIT apabila dunia telah memberikan hukuman sebelum kesalahan dibicarakan. Siapa menyangka keikhlasan rupa-rupanya titik mula kepada sebuah pengakhiran. Pengakhiran kepada harapan dan permulaan kepada kebencian.

Tak pernah terlintas untuk aku mempermain sebuah perasaan. Memijak dan meludah sekeping hati. Tidak.
TIDAK. Aku hanya manusia yang sentiasa berterus terang. Aku tidak memberikan harapan. Tidak membungakan impian. Sedangkan harapan aku sendiri masih kabur untuk dicapai, inikan pula mahu menyemai impian di hati lain.

Dan dunia sememangnya kejam. Memandang aku sedemikian rupa. Sedangkan hakikatnya, aku sendiri baru menyedari kebenaran. Di mana aku sendiri tertipu. Aku sendiri ditipu. Mungkin simpati berada di lorong yang salah. Hinggakan simpati yang aku hulurkan dipandang sepi....


Namun, terima kasih kepada manusia sekeliling juga. Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya. Hipokrit. Manusia yang memainkan peranannya untuk membuatkan insan lain dibenci. Terima kasih!


Dan di celahan itu masih terlihat manusia yang jujur dan ikhlas. Sentiasa mahu yang terbaik untuk sahabatnya. Tanpa jemu menasihati dan memberikan pandangan. Tidak melemparkan aku ke jalan yang menjatuhkan aku. Malah membalut luka. Terima kasih. Ada juga yang berterus-terang dan menerangkan hal sebenar. Terima kasih. Sekurang-kurang memberikan aku ruang membetulkan kesilapan sendiri.


Dan kini, aku berusaha memberikan yang terbaik. Fahamilah bahawa aku bukan yang terbaik. Salahkanlah aku, mungkin aku memang bersalah. Namun, ketahuilah bahawa aku sendiri baru mengetahui hal sebenar.


Kebencian meluap-luap.

4 Responses
  1. man Says:

    ksian ko..
    ak pn pnh lalui cm nie..
    mmg sgt2 pedih..
    kjujurn dblas dgn ssuatu yg menyakit kn..


  2. Anonymous Says:

    hmmm...
    biasa la tu nisa..
    lumrah hidup..
    kalo dunia x kejam..
    mestilah manusia x dilanda masalah..
    x membuat masalah..
    dan x mencari masalah..
    co0l bebeh!!~


  3. Anonymous Says:

    ko xyah sebok la sara..
    cite nie xsame ngan kesah ko~
    die bkn nk kt bf org~
    tolgla berundur sara
    da xnk la dgr konflik cinte 3 segi ko tu
    da bosan da
    da lebeyh 1 sem da
    cukup2 la mengharapnye..trime la hakikat die milik org laen n to u try la move on..

    -yg sygkan ko-