Nisa HEBAT
Which one is the best?

to be with the one who love us
or
to be with the one we love

only can choose ONE!
hard! hard! hard!
Nisa HEBAT
About a girl who still confuse...

Hahahaha sound like 'gedik' for me to talk about love. But yeah.. After almost 3 month being single, now I start to think if should I hv a bf... Ermmm... Do a girl need a bf, do a boy need a gf?(thinking)

I've been in a relationship bout couple of years... A great journey. As I 'fall in love' (laugh) since I'm in form 3, and we withstand for about 6 yrs, the situation push me to think about this...


People says, 1st love is the greatest love, and unforgettable. I do agree. Him. The 1st love. I still remember my 1st date, the 1st present, the 1st hug, the 1st bla bla bla n all... It is like..ouhhh miracle perhaps? With him, I learn A LOT about life and love. The way he teach me to think, to appreciate, tolerance and patience, sincere, believe, handling emotion, bla bla bla.... Where I learn to be a lover. But at last, it come to the end juga....


Today, I admit that I am lonely. I miss a MAN. Who can always stand by me. To support me. To hear and hug me. But..arghhhh... Not that easy. The way of 1st love still shadowing my life. It's like...I want all man to be like him... What a suck!


I'm desperate okeyh! (haktuih). It just like something is missing... Kosong... Kekosongan dalam hati. *sigh*


Erm...the other thing, am I a PLAYGIRL? Lot of scandals? (ada org cakap macam tuh) adoyai.... Salah ke berkawan dengan ramai orang? Just because I hang out with that guy, this guy, guy, guy, guy, then you think I'm dat type of person? (nailbiting)


I do hang out with hamie(I like the way he is, sangat tulus!), abg zul, afzul, ayin, and man also! Cerk pon penah join g Tesco ape! Shopping, jalan2, movies, lunch, dinner, bla bla bla and so on... So, is it wrong? Tell me, knp saya bersalah sebab kuar ngn lelaki yang berbeza2? Erm, I never failed to spend my time with my girls ok. Those ISBArian, Sarah, anis, zaty, aira, ekin and all.... So someone, answer my question plis!


Peoples... Simply assuming dat my life is just ok . Sorrounded by mans, friends, happy family, but it's only me and my heart who understand myself. Laugh doesn't mean happiness dear... I'm stuck in myself. I'm died in my heart.


I did not request for the best as I'm not that perfect. Surely I want the best, but am I that good to get toghether with the best? (sigh).


Sometime people didn't realize how much a girl need him... And even he realize, myb he just ignore it, the reason; xnak bagi harapan. Hurm... What more can I say? I will never force myself to fall in love. Ohh not that simple.... Tak salah berharap, tapi saya tidak hidup dalam harapan. Life is life... About hoping... About waiting... Awak.

And also about bringing happiness into our life. We determined what type of happiness dat we want. It's us who bring happiness!(try)


Whatever it is, I am waiting for the God's plan. God knows the best.... And most important;

'seize the day or die regretting the time you lost'.


Nisa HEBAT
Hari ini (kalau ikut jam, semalam sebenanye), aku ambil keputusan untuk pergi CIMB. Bukak akaun. Ok, bla bla bla, dah pergi bank, upacara pergi ke mesin atm memang xterlepas lah. Perasaan gumbirak mengwithdraw wang ringgit memang gler best arh. Maklumlah, duit tgh byk kan. Hahahaha~

Dan kerana ketidaksiuman aku hari ini, aku berjaya menghabiskan ratusan ringgit dalam masa beberapa jam. Opss tapi aku x membelanjakan wang yang datangnya dari agensi kerajaan tapi melaui duit rakyat seperti mak bapak aku tu ke arah perkara2 lagho. Tidak sama sekali. Semuanya aku beli 'barang'. Agak sensored, tapi aku perlukannya. Weeee~


Sebenarnya aku dah berniat, duit jpa tuh xnk blnje2 sgt. Aku dah lama berniat mcm tuh. Tapi anggota tubuh aku macam x mengizinkannya. Otak aku asyik nak fikir cara2 abeskan duit je. Tgn kaki aku pon turut membantu. Yang tgn pegang stereng, yg kaki tekan minyak. Aku xmampu nk halang pergerakan tubuh aku ;).


Tapi takpe, 'barang' tersebut merangkumi keperluan jugak. Baru best! Erm.... Cmne nk buat nih? Berniat kepada perkara2 baik tuh memang slalu ada, tapi xmampu nk menzahirkannya. Hasilnya, ntah smp bila duit dalam akaun tuh akan wujud. Ngeh!

Nisa HEBAT
Hancur sungguh hati apabila permata yang disimpan rapi, dibelai manja, rupanya sekadar kaca hingusan pada pandangan mata manusia yang mengaku celik, tapi tuli hati. Betapa rendahnya nilai sebuah kenangan yang pernah direnang bersama. Kebongkakan memijak-mijak dan mentertawa saat-saat kegembiraan yang dilalui bersama. Seolah-olah sedikit pun tidak dihargai. Jauh sekali untuk wujud sebagai helaian-helain memori.

Terpaku aku mendengar. Terdiam aku melihat. Terjatuh aku memandang. Terkesima di ranting tangisan. Tersentak dan tidak terdaya aku untuk mengabadikannya lagi. Tidak aku mampu untuk menyimpannya dengan penuh kasih sayang. Benci. Ya, itulah frasa paling tepat mungkin yang boleh aku luahkan. Yang terpamer hanyalah garisan-garisan kebencian yang kian meluap-luap.


Seolah wujud keinginan untuk membalas dendam. Patah perkataan itu tajamnya bagai menghiris daging untuk dikorbankan. Menusuk. Patah kata yang membuatkan aku terasa disampahkan. Disepak-sepak. Sebuah permata yang diludah-ludah dengan penuh rasa bangga dan angkuh. Langsung tanpa sesalan malah bagaikan kehebatan padanya. Umpama manusia yang lupa pada silamnya. Bagai insan yang terkejut dengan budaya-budaya baru di sekeliling.


Namun, segala yang terjadi ada hikmahnya... Sekurang-kurangnya kini aku tidak lagi terpalit dengan asmara kesakitan. Sudah jauh dari bermesra-mesra dengan tangisan. Tidak lagi perlu memikirkan perasaan yang terpaksa dipaksa. Kini aku bebas untuk melihat keindahan dunia. Menikmatinya.


Kata pepatah, kalau nak menyayangi, biar sekadarnya sahaja. Nak membenci pun biar sekadar sahaja. Nanti yang dibenci itulah yang disayang, yang disayang itulah yang dibenci. Dan hari ini aku mengakui kebenaran pepatah tersebut. Aku menyesal kerana menyayangi dia sepenuh hati. Tanpa ragu, umpama tiada nokhtah sayang itu. Tapi kini, aku berbangga pula kerana akhirnya mampu membenci sepenuh-penuh hati, hanya kerana patah kata yang dia sendiri ucapkan!


Manusia mungkin perlu belajar dan terus belajar untuk menghargai. Penghargaan yang bukan dinilai melalui wang ringgit atau belanja makan, sebaliknya dengan keikhlasan. Juga menghargai melalui tindakan sebagai manusia berakal. Yang tidak singkat pemikirannya.Yang mengerti nilai sebuah hubungan yang dipatri bersama. Yang tau tentang perasaan, dan bukan tentang kegampangan!


What goes around, comes around.
And my biggest mistake is YOU!
Fak kan?
Nisa HEBAT
Sooo many things had happened currently.
I'm confused.
Whatever it is, the best will win right...
;)
Nisa HEBAT
I think we are transparent to each other.
Always give our best.
Forgive each other.
Sincerity and believing.
Don't us?

Don't let me fall.
Friends, you.
;)
Nisa HEBAT
Melayari arus kehidupan... Menonton tayangan kepura-puraan... Hidup dalam kelompok manusia berakal dan berperasaan membuatkan aku kini terpinga-pinga dan seperti kaku dalam bayangan. Jasadku bergerak, namun bayangnya tetap kekal di situ, seolah-olah enggan bersetuju dengan tingkah jasadku sendiri. Aneh... Sukar... Tidak terkecuali, terkilan....

Hari ini penuh dengan ketidakadilan dan betapa aku rasa pengorbanan dan jeritan aku langsung tidah dihargai apatah lagi digenggam. Aku meredahi segalanya berseorangan, aku ketepikan kepenatan dan lelahku, aku relakan ringgitku melayang-layang, namun segalanya, hambar... Ahhh inikah nilai kasih sayang yang dilaung-laungkan?? Cukuplah sekadar sedikit senyuman mesra, tawa manja untuk memberikan aku ketenangan jiwa...


Kekosongan jiwa yang cuba aku isi, nampaknya menemui kegagalan buat entah yang ke berapa kali. Aku bencikan ini. Aku tidak suka. Ntahlah.... Sesuatu yang pasti, hatiku kini benar-benar terkilan. Tidak pernah aku menyamaratakan wang ringgit dan kasih sayang, tidak pernah aku membandingkan harta dengan masa, tidak... Aku sekadar mahukan sedikit sifat memahami dan menghargai...


Oh, begitu sukar untuk menjaga hati... Kadang hanya kerana frasa 'xpela, jaga hati dia', aku sering terperangkap dalam perangkap yang aku cipta sendiri. Aku seperti tidak mampu melarang diri aku sendiri untuk menjaga hatiku sendiri terlebih dahulu. Aku letih... Kepenatan yang entah di tahap mana. Sehabis daya aku kerahkan akal dan keringatku agar insan2 sekelilingku tertawa bersamaku. Cuba aku tunaikan segala kemahuan biarpun ia membebankan. Ku kotakan segala janji agar tiada hati menagih simpati. Segalanya aku berikan yang terbaik.


Namun, setelah begini, aku sungguh terkilan. Bagaikan menjadi padang permainan kepada manusia untuk bersuka ria. Akulah yang dipijak, akulah yang dijejak untuk bergurau senda. Namun kala aku kekeringan dan kehausan, aku umpama gurun yang tidak sekalipun mahu dipandang apatah lagi dihinggap....


Menjaga Hati, Dijaga Hati, namun... terjagakah???
Nisa HEBAT
Kiranya anda membaca post kali ini, ketahuilah bahawa jiwaku pernah sedih, merana, kecewa, terluka, terkilan dan segala sudut perasaan mencengkam jiwa hanya kerana seekor tombol. Janji2 manis seorang jejaka (jejaka??haktuih!) hanya membuatkan aku lebih parah menggapai impian agar tombol terpasang. Melebihi 3 kali jumaat, tombol masih di dalam kotak. Tidak terusik hatta sedikit. Tiap kali terpandangnya, hatiku bagai dihiris2 sembilu.. Owhhh...

Maklumat lanjut, sila klik link di bawah.


Nisa HEBAT
Next Monday.
I cant wait!!!!
;)

I miss someone who didn't know that I totally miss him damn much.
Arghhh...
Please.....
Only God knows, Monday.

In the mood;
*Cinta Ini Membunuhku-D'Masive*

Nisa HEBAT
Angah cakap dia wat solat istikharah. Pastu, dia mimpi.

Angah : "Ko tau x abang dapat mimpi ape? Abang mimpi ko kawen dulu!"


Aku : Erkkkkkk! Alhamdulillah....


Mak : (malas nak cakap ape2, gelak je.)



*suddenly terfikir, langkah bendul???
ehhhh!
Nisa HEBAT
Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one come along, you'd be thankful.

Harus aku berterima ksih kepada Tuhan, kerana mengurniakan aku sebuah kehidupan yang penuh warna dan paras. Yang kadang membuatkan aku tertawa gembira dan kadang aku jatuh dihina. Namun, aku tetap berterima kasih. Setiap yang dikurniakan, pasti mempunyai kelebihan. Setiap yang diterima, pasti mempunyai kegunaan.

Indahkah hidup andai hanya bergelak ketawa? Pasti lebih ceria disulam tangisan jua. Umpama siang yang tidak berganti malam. Umpama lelaki tiada wanita. Umpama hitam tanpa putihnya... Kosong... Suram... Kelam... Lalu, di celah2 kemanisan, tentu lebih pesona dengan sedikit kepahitan. Di celah kegembiraan, wujud sedikit tangisan. Sedikit yang menambahkan rasa. Sedikit yang menjadikan lebih dewasa.

Hati. Hanya hati yang menentukan. Bagaimanakah corak2 warna kehidupan yang diingini. Bagaimana jalan yang ingin ditempuhi. Janlanku kini, aku sendiri tidak pasti. Namun, keyakinan mengubat keraguan. Usaha mengatasi rintangan. Kekuatan melempar kelemahan. Ya, aku pernah tersilap. Aku pernah tersungkur. Aku pernah rebah. Aku pernah menyesal. Aku pernah....

Kini, aku di sini. Menempuhi hari-hari yang mendatang. Mengimbas hari-hari yang berlalu. Tersenyum. Dan kadang aku terpaku dengan langkah aku sendiri. Akukah itu?? Hah! Namun, sejarah x mungkin berubah. Biarkan..biarkan...biarkan... Langkahan tak mungkin berhenti kecuali aku mati...

Terima kasih... Kerana diberi peluang kedua. Peluang untuk membetulkan kesilapan. Peluang untuk lebih mengeratkan. Peluang untuk mempamerkan kejujuran. Peluang untuk terus bersama.... Pernah aku berlari, pernah aku pergi, pernah aku disakiti, engkau taburkan dengan pohonan maaf yang merimbun. Aku bajakan dengan peluang bersulam harapan. Naif diri yang pernah datang, jadikanlah pelajaran sayang....

Terima kasih jua kepada sahabat2 ku.... Andai engkau bergelar sahabat, sahutlah senyuman ini. Terus lah memberi kedamaian di hati. Aku masih bisa berdiri kerana kalian semua. Walau mungkin hanya sejengkal perkenalan kita, namun sahabat tetap sahabat... ;)

Terima Kasih.
Nisa HEBAT
Person that I miss currently;

chenta hati ;)
*hugs and kisses*

Rindu...rindu....rindu...
owhhh plizzzz.....('',)