Nisa HEBAT
Kadangkala, kita terlalu memandang ketidakindahan dari keasyikan. Selalu terlena walau banyak kali disedarkan. Sering terpana, dan kemudian terlupa. Kehidupan yang penuh dengan pelbagai ragam, pelbagai tipu daya dan arus yang kadang membuatkan kita hanyut..

Aku yang selalu tersalah meletakkan priority dalam kehidupan. Menari-nari di pentas yang sebenarnya tidak membawa apa-apa kelebihan. Sebaliknya sekadar suatu idea untuk mengisi kekosongan yang sebenarnya tidak perlu dilakukan. Terlalu fokus pada sesuatu perkara sehinggakan terlupa pada dunia sekeliling.

Mungkinkah matlamat yang membutakan?
Harapan yang sebenarnya tidak diperlukan?
Atau permainan dunia yang berlandskan ketidakadilan?

Terlalu kerap kita mencari-cari sesuatu yang sebenarnya sekian lama telah wujud di sekeliling kita, tp dalam platform yang berbeza bentuk dan parasnya. Mencari satu kekasih, sedangkan kasih sayang tidak pernah berenggang malah sentiasa melingkari kehidupan. Menangis kerana cinta, sehinggakan terlupa senyuman kebahagiaan dari keluarga. Mencari-cari seseorang yang sebenarnya tidak pasti samada diperlukan kehadirannya...

Mungkin paradigma mesti dianjak sedepa. Mata harus lebih luas bukaannya. Kaki perlu melangkah tanpa kekangan. Perlu berlari walaupon ada yang cuba melintasi. Kesedihan yang menimpa, kini menampakkan hikmahnya. Dan terasa bodoh atas tangisan hari2 lalu. Tetapi wujud juga kebaikannya kerana mampu membuang segala rasa...

Berdiri dan terus berlari. Dunia ini luas, terlalu luas dan lebih luas dari apa yang selalu disangkakan. Dan di sebalik keluasan itu terselit kegembiraan yang tidak pernah kita fikirkan. Bersabar dan percaya pada
TAKDIR.

Manusia tidak perlu bersedih, jauh sekali berduka. Dunia milik bersama. Manusia tidak mungkin hidup sendirian. Kekosongan tidak pernah singgah dalam hidup, sebaliknya hati manusia yang mewujudkannya, tanpa disedari...


HIDUP INI INDAH, dan perlu bijak menikmatinya.
Andai keindahan tidak terasa, bermakna kita BUTA.



0 Responses