Nisa HEBAT
Kadang-kadang hati tercari-cari sesuatu yang tidak pasti.
Entah.
Aku sendiri teragak-agak.
Ketidakpastian.
Ya, mungkin itu istilah paling tepat.
Bukan bermaksud untuk meragui sebuah keyakinan, tetapi wujud 1001 kemungkinan di sebalik keyakinan itu.

Maaf.
Itu sahaja yang mampu aku hulurkan saat ini.
Ingin sekali aku merasai perasaan yang pernah hadir dahulu.
Kenangan-kenangan dan memori yang xmungkin lupus dari ingatan.
Mahu diulangi tapi semuanya mustahil.
Segalanya.

Perjalanan ini aku teruskan.
Bersulamkan kerinduan.
Terpendam.
0 Responses