Nisa HEBAT
Hari tu masa sesi gossip2 ngn Man Insuran and Ikebal IB, ada la juga gosip2 pasal blog. Hurm..... Blog banyak je wat orang gado. Wat orang masam2 muka. Dah banyak jadi kat kengkawan aku. Sekarang jadi kat aku. Padan muka Nisa. Blog gak jadi salah satu sumber stalker mendapatkan maklumat. Blog jadi medium meluahkan perasaan habis2an. Blog bleh generate income. Blog blog blog.

Orang kata, blog is my territory. Suka hati la nak buat ape2. Nak post ape2. Nak marah ke, nak suka ke, nak cinta sayang benci rindu ke, pasal everyday life ke, ape2 jelah. Mmg suka hati.

Tapi jadi masalah kalau suka hati blogger ni buat orang lain benci. And at the end yang suka2 hati jadi saket ati+susah hati. Adoyaiiii.

Lepas tu if ada masalah timbul, privatekan blog. Erm paling x pon delete je tros. Senang. Masalah xkan selesai kalau kita lari dari masalah. Tap perkara paling aku xsuka bila aku xmention pasal sape2 dalam mana2 post aku, ada yang nak terasa2 ati. Adoyaiiii.....

Kalau perasan, lately ni post aku banyak marah je. Tension je. Memang aku tension ngn life sejak March hari tuh. Macam2 masalah timbul sampai aku xleh control diri. Tambah lagi busy ngn event ISBa n event utk diri sendiri.

Semester ni paling aku jadi Malin Kundang. Busy+stress buat aku xde masa nak jmp mak ayah. Xbalik kg langsung sem ni. Terok kan?! Demn! Mayb tu punca life aku jadi macam ni. Xjumpa mak ayah n family; insan yang paling banyak berbudi pada aku. Life kacau bilau sejak March.

Stress. Bila lama2, stress generate problem baru. Aku jadi hot tempered. Suma orang aku nak marah. Benda yang simple pon aku marah. Aku jadi pengungkit. Mulut kalo xmaleser x bleh. Patot cili je mulut sendiri. Aku jadi mrah ngn suma orang. Yang xsalah pon jadi salah. Yang xpernah aku pk pon ak pk.

Bler jadi macam tu, mula la masalah lain timbul. Miscommunication. Aku jadi pendiam. Aku lagi suka menyendiri. Xshare problem ngn sape2. Sampai satu tahap, aku ngn Syazwan (bukan syazwan salleh aka ceh) pon asek gadoh. Jmp je gado. Xbest. Aku tenggelam dengan masalah. Pergi mana2 asek nak marah.

Pergi fac marah. Balik umah marah. Kawan2 housemate datang pon aku nak marah. Perlu ke marah babe? xde sebab! Entah. Pastu kena serang ngn ppuan mana ntah. Stalker lg. Ada orang cm nak carik pasal lak ngn aku. Macam ape je. Sebulan lbeh hidup ngn macam tu. Aku makin stress. Exam lagi.

Dalam aku busy uruskan mcm2 hal, datang masalah. Paling buat aku tension bler kait ngn family. Damn. Lepastu akademik. Demmmmm lagi. So shit.

Tapi alhamdulillah, sekarang i feel better. Mak cakap kalau hati xtenang baca Al-Quran. Ye, myb Tuhan nak uji sebab aku byk lupa Dia. Jangan lupa solat. Tuhan xbagi kalau kita xmintak.. Tu pesan mak. Tgk, at the end cari mak gak. Padahal kalo x aku cm ada problem gak ngn mak hari tu, sekejap. Pastu balik kg pon x. Gila loser. Haih~

So sekarang, utamakan mana yang patut dulu. Masalah boleh diselesaikan, cuma aku perlukan masa. Perlukan semangat dari kawan2. Kawan. Kawan. Ye, suma yang aku kenal dan xde hubungan kekeluargaan adalah kawan aku. Tapi aku kawan diorang ke?

Rai : 'ko xsayang ke kawan ko....kenal dah lama dari PL** lagi'
Nisa : mesti la aku sayang kawan aku, sangat sayang weyh......


Nisa cakap: mintak maaf kat suma orang sebab lately ni, stress aku buat aku rasa nak bergadoh ngn suma orang. asek cari salah orang sedangkan diri sendiri pon tunggang langgang. sedang membaiki diri. under construction. bantulah aku wahai kawan2, rakan2, sahabat..... FAMILY.
0 Responses