Nisa HEBAT













Perhaps i'm not strong enough for u, for us...
Please, gv me some strength...
i BEG u.
Nisa HEBAT
Paper bags collection from all around the world. Interesting i rasa. ;)



I want this!!!















Nisa HEBAT
16 Mei hari guru semalaysia. mak ayah pon cikgu. sebok beli hadiah tadi sebab ada upacara tukar2 hadiah ngn cikgu2 lain katanya. wuuuuuuu

bukan pe, aku rindu meroyan2 nak sambut hari guru. dlu, time2 cmni la semangat nak datang skolah. sebab tau xblaja and boleh enjoy sakan! hari guru ke, hari sukan ke, merdeka ke, raya ke, attendance mst lebih full dari biasa! kalau x, semangat tanak bangun g skola tu jgn cakap ah. mak ayah jenuh kejut. simbah air kat aku pon penah! gler susah nak bgn pagi!

hari guru=hadiah. masa form 1 form 2 rajin la aku bg hadiah. bler dah besar sket, aku rajin belikan topap utk hp aku je. ahahhahah. hari guru mst ada perhimpunan pepagi. bosan ah dgr perutusan la, ucapan menteri bagai. tapi pastu...... ada karoke la, sukan, anugerah cikgu paling cun la, cikgu plg sporting, cikgu plg garang, itu ini. aku suka! aku suka! aku suka! yang penting aku suka sebab xblaja! hahahahha

arghhhhh rindunye nak sekolah balik!!!! bleh lepak2 ngn cikgu dlm bilik guru padahal tgh ponteng kelas. rindu!
Nisa HEBAT

Hukk.... Tetiba je baru nak suka lagu ni. Gler loser ah. Outdated nak mampos. Seingat aku lagu ni glemer masa GTE hari tu. Tapi cm biasa ah, xde aku amek pot sangat.

Ntah pasal pe kelmarin tetiba je terlintas di fikiran (chewah2) nak dengar lagu ni. Tros aku donlod kat ares. Semangat gler sampai ringtone2, instrumental piona skali aku donlod kot! Kira ada 2 3 version la jugak lagu ni dlm letop aku ha.

Ape2 pon, kalau tgh ada masalah, tgh serabot, bgs dengar lagu ni. Kind of motivation. Pergh!!

"I want my money back,
I want my money back,
I want my money back!!"

=)
Nisa HEBAT
Ko suka sangat ke kat bf aku?
Jangan2 ko donlod gmbr syazwan ampang n buat wallpaper laptop?
Amboiii!
Takpe, bgs gak dapat kawan straight foward ni.
Bf aku, aku pny.
Bf ko, aku pny gak.
Opss!!
Nisa HEBAT
1st time nak buat tag2 ni. Aku xreti la leen! Hahahha

1. Adakah anda rasa anda hot?
Ye. Hahahha. Gler confident.

2. Wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang.

3. Cerita pasal gambar ni?
Tgkp gne webcam kat mekdi sec 2. Bosan masa tuh.

4. Kali terakhir makan piza?
Ntah. Xingat tapi ngn farah n sarah. Makan sambil gosip2!

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu wonderpet. Tgh on9 depan tv ha. Ntah pe je dia nyanyi2 td.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
Tgk tv, makan, kejap lagi nak tdo.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape?
Ica, ateh, mok, sayang, honey, ica, kak nisa, baby, bla bla bla xigt.

8. Tag lagi 5 orang yang nak kena tag?
Huh?? Ah. Tataw. Faizal, Nabel, Rai, Wira, Pika. Ok x?

9. Sape orang no 1 dengan anda?
Bestfren dari sekolah sampai sekarang. Oh Faizal! ;P

10. Katakan sesuatu kepada orang no 5?
Pika! Bler nak cooperate berevent sama2 lagi? hikhikhik

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan aku. Xbleh ada hubungan ngn orang lain! Kte kan kapel. Hahaha

12. Bagaimana dengan orang no 2?
Lama ko senyap kan nabel. Padahal sek 7 ngn sek9 tu xjauh pon!

13. Kata2 cinta kepada orang no 4?
-nope- ;P

14. Berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?
Faizal-Baik ati, tp sensitif. Kuat merajok. Hahhaa
Nabel-Hyperactive!
Rai-Paling sayang kat aku. Hidup dia xtenteram tanpa aku.
Wira-Sedang praktikal di isetan. Sayang sangat sama gf dia!
Pika-The most active financiers!
Nisa HEBAT
"Mak I pon selalu pesan pasal cara pilih pasangan hidup. Nak tau??"

"Nak!!!"

"
1st mesti la kita selesa ngn pasangan kite. Pandai amek hati parent n mertua, pandai masak, rajin... Bangun awal pagi. Hahahah"

Ah. Uh. Adoy. Erghh. Ngeh. Sentap kot ayat last tu! Takpe, takpe.....
New
Nisa HEBAT
Cantik xtemplete baru? Huuu.... Xpeduli pon korang nak cakap templete ni cm serabot ke, sakai ke, burok, lawa, gojes, da bomb ke ape, yg penting aku dah bosan ngn templete lama.

Rai ckp templete baru ni cam ceria2 je. Whatsoever la rai!

Templete baru, so niat nak berubah tu dah wujud. And if boley, aku nak blog ni sebagai tempat leisure2 aku je....

Macam Lenka nyanyi kat aku sekarang ni "just enjoy the show"! ;)

"Life is a maze and love is a riddle".
This quote really inspired me to live life to the max!


Nisa HEBAT
Gila lah cuti nie. Tidur pukul 7 pagi, bangun kul 5 petang. Hari2 plak tuh. Jangan risau, aku masih sedar aku dok kat benua Asia lagi. Nnti aku cuba betulkan timing tdo ye.

Sekarang kul 2.19am. Aku baru balik dari dapur. Uh, jauhnye dapur kan. Dah bosan sangat on9, tgk tv, terbaring2, bergolek2, so aku buat kek batik. Nak asah skill masak2 la konon. Huh!

Kerajinan aku masak2 ni xselaras la plak dengan objektif dan matlamat cuti semester ni. Nak kuruskan badan! Tapi tangan rajin nak masak itu ini plak. Adoiiiii.....

Susah la macam ni! Ape2 pon, semoga timing tidur aku akan sama seperti rakyat mesia yang lain.

End.
Nisa HEBAT
Hidup aku simple je. Kaki pijak kat bumi lagi.

Ok, aku xmacam orang lain. Mak bapak cikgu je. Dok kat Kg Gajah ni ha. So life yang sangat biasa. Xmampu nak pretend aku ni kaya raya. Bajet bapak ada business besar. Oh, tidak. Aku xsuka.

Aku lemas pura2 ni. Sesak kepala otak. Semak. Serabut. Kalau aku cakap xde duit tu, memang xde duit lah. Aku bukan jenis breakfast kat old town, luch kat johnnys, dinner kat nandos. Tu suma bukan tempat aku.

Aku prefer makan char kuey teow kat Sani. Lunch kat flat sek 7. Starbucks? Tunggu orang blanje. Just kadang2 bler ada duit lebih, aku akan share2 ngn syazwan ampang utk lepak2 kat J.co. Xpun makan chicken chop kat Pakli. Tu bab makan lah.

Bila shopping2, maaf lah. Guess, Zara, Edc, Ck, Estee Lauder, tu suma di luar kemampuan. Setakat Vincci ngn Padini gagah lah lagi. Ukur baju kat badan sendiri kan? Orang lain nak show off, aku xde nak rasa ape sangat. Sebab aku sedar sape aku. Kalau show off benda2 mcm ni, tp makan pon xcukup, guna duit mak bapak plak, aku gelak je ye. Maaf.

Motif? Aku student lagi, terang2 xde income. Mak ayah gaji brape la sangat. Adik2 skolah lagi. Nak tanggung orang yg xkerja. Byk ouh. So, seboleh2 aku tanak susahkan mak ayah. Selagi boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku akan usaha.

Alhamdulillah, dengan duit scholaship yang masuk awal sem tu lah aku hidup sampai abes sem. Dengan duit tu aku akan bayar yuran, sewa umah, bil ape2 ntah, monthly kereta, minyak, buku, fotostat2, makan, n segala2 yang perlu selama hidup kt shah alam. Bangga sket sem ni aku xmtk duit ayah kecuali utk minggu terakhir kat s.alam. Tu pon utk cover minyak ngn tol balik perak. Wuhuuuu!!!

So faham kan kenapa life aku macam ni. Xreti nak pandang brand. Kengkadang ntah brand pe yg kengkawan sebut aku pon tataw. Xpenah dgr. Kenapa aku kedekut2. Duit aku limited. Yang masuk awal sem tu aku kena tanggung diri aku smp akhir sem. Aku xsuka mtk duit ayah tiap2 bulan, pastu aku bersuka ria. Ayah dah tua. Saket2 plak. Kena kerja sebab nak bg duit utk anak poya2? (oh, mood sayang mak bapak aku nih!)

Biarlah ape orang nak cakap, aku macam ni jugak. Biasa2 je.....
Nisa HEBAT
Ramai dah orang cakap aku sombong
Nanti aku bertukar jadi peramah ye
Mesti korang suka aku

Ramai dah orang cakap aku kasar
Nanti aku jadi lemah lembut sopan santun berbudi bahasa
Mesti korang terpaku tgk aku

Ramai dah orang cakap aku kedekut
Nanti aku sedekah semua harta benda smp aku lapar xmkn
Mesti korang rasa best je

Ramai dah orang cakap aku ego
Nanti aku berubah jadi pak turut
Mesti korang xsusah deal ape2 ngn aku lagi

Ramai dah orang cakap aku suka kacau bf orang
Nanti aku xkawan ngn mana2 laki lagi dah
Mesti korang bahagia je ngn bf korang yg xkonfem jadi laki tu

Ramai dah orang cakap kuat tdo
Nanti aku berjaga je tiap2 masa
Mesti korang suggest aku jagi guard lak kan

Ramai dah orang cakap aku gemok
Nanti aku joging hari2 ye
Mesti korang jeles tgk aku slim

Hurm....walau ape2 pon, aku xpenah nak kisah pe orang cakap. Sebab orang yang cakap tu macam bagus sangat. Lagi satu aku xkesah dengan pe orang cakap pasal aku pon sama je, kuat ngutuk orang gak. So, fair and square kan? Hahahhaa

Tak hidup dek puji, xmati dek keji.
Nisa HEBAT
I want to be natural and transparent in my own blog.
May I?
Nisa HEBAT
Nak gelak ada, nak tergolek pon ada. Tau la aku dah published no fon aku kat merata tempat semata2 nak cari housemate......


012-374XXXX : Selamat malam kakak. Nama saya akma umur 19 mau tanya betul ke kakak mau orang gaji? Saya mau kerja dan saya rajin. Gaji ditempat lama saya terima rm240.

Aku : X. Salah nombor.

012-374XXXX : Maaf siapa itu?Saya mau kerja. Saya pandai dan rajin kerja. Saya cekap kerja.


Ya ampunnnnnnnnnnnnnn. Sape yang cakap aku nak cari orang gaji neh? Aku cari housemate la johnnnnn!!!
Nisa HEBAT
Aku xpenah tau bila mother's day sebab everyday pun aku sayang mak aku. Hari tu orang sibuk2 mother's day, aku pon gedik2 la jugak.

So, belikan somethg untuk mak. Kira combined ngn adiah besdey mak yang dah lama lepas tuh (2nd April). Whatever pon, aku hepi bila mak suka dengan hadiah yang aku bagi.

Even xmahal, xberibu riban harga, tu bukanlah lambang kasih sayang. Aku tetap sayang mak even xmampu nak bagi ape2.

Yang penting, aku nak mak ayah bahagia. Walaupun aku xmampu nak penuhi segala harapan mak ayah pada aku, sekurang2nya aku tanak mak ayah rasa menyesal sebab ada anak macam aku.

Hari2 adalah mother's and father's day!
Sayang cinta mak ayah!!!




Harap2 nnt adalah plak daughter's day.
Nisa HEBAT
Makan, tidur, on9, tv.



So far tu jelah yang aku buat.
Mungkinkah berlarutan sehingga 2 bulan??



Oh, mungkin perlu tambah jogging/workout dalam senarai tu?
Semoga impian menjadi kenyataan.
Nisa HEBAT
Bila korg susah kan, time tu la nak tgk perangai sebenar kengkawan yang slalu tido sebantal makan sepinggan sebab....

Ada manusia yang bila sama2 susah ngn kita, dia pikir lepas dia je.
Ada plak yang menyusahkan orang lain supaya dia senang.
Ada yang tau nak mengamuk tp xreti nak settlekan masalah.
Ada orang cakap je banyak, tapi habuk pon tadak.

Tapi,
Kalau kawan dia xkisah sama2 susah, wpun senang lain2.
Kawan tolong kawan, wpun tanpa pengetahuan kawan tu sendiri.
Kawan xkan lupa kawan.
Kawan ludah masalah, bukan ludah sampah.

Paling penting,
Kawan xtikam belakang kawan.
Tapi kawan tikam depan2.
Supaya kita ready nak lawan.
Nisa HEBAT
Kadang2 hal yang jadi kat keliling kte memang wat kepala otak sesak kan? Masalah yang sepatutnya bukan masalah pun jadi masalah.

Ada orang penah cakap kat aku, hidup ni kena jujur. Jangan hipokrit. Nanti orang benci. Jangan menipu. Nanti orang menyampah.

Ye, aku memang kalau booleh nak jujur je ngn suma orang. Kalau aku jujur agak2 korang suka x kat aku? Kita boleh jadi bespren x?

Hidup perlu hipokrit! Sebab bila aku cakap menda yang tulus lahir dari hati yang semurni daun mekar di pagi hari ni, ramai orang sentap. Aku ni kasar. Aku xberapa pndai berbahasa. So aku cakap jela ape aku rasa. Tapi bila aku cakap, ada plak yang xske.

Ah! Susah! Bila aku cakap bebetol, xsuka, marah plak. Pastu nak gado2. Drama2. Dah tu? Kang aku tipu, cakap aku penipu. Tapi ye r, memang terang2 aku menipu.

Nak pilih mana ye? Jaga hati orang ke, jaga hati sendiri?
-makan hati-
Nisa HEBAT
Weh korang,

Aku cam dah bosan tgk blog aku.

Rasa cm nak tukar templete.

Tapi aku lebih rasa aku malas nak carik templete baru.

Yang simple dan kemas.

Haihhhhhhhhh!!

Nisa HEBAT
Current issue; pasal Aminulrasyid. At first, aku tataw pon sape Aminulrasyid. Ok, allayarham Aminulrasyid ditembak mati oleh polis. Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga mangsa.

Xperlu nak cerita panjang lebar pasal tragedi yang dah berlaku, cuma sekarang imej pihak polis dah tercalar. Masyarakat kata polis kejam. Aku agak 'terkesima' dengan statement2 macam tu.

Kesian, lepas ni polis jangan kejar sape2. Jangan tembak sape2. Sebab kalau tersalah tembak nnt jadi kontroversi. Pada aku, dalam kes ni, bukan salah sape2 dan xperlu dipolitikkan.

What if mangsa bukan remaja berusia 15 tahun, sebaliknya penjenyah yang memang dikehendaki polis? Polis berjaya tembak dan penjenayah mati. Agaknya ada tak nanti muncul group kat fb 'Polis Malaysia Hebat!!'?? Ada x agaknya?

Memang la, kalau adik aku yang jadi mangsa, aku pon marah. Aku sedih. Cuma kesalahan tetap kesalahan. Hukuman tetap hukuman. Semua telah terlulis di lohmafuz. Qada' dan qadar, Allah yang menentukan. Telah ditentukan. Kita kena kuat.

Hari ni, keluar berita, seorang anggota polis patah kaki n masuk sepital sebab kejar mat rempit. Kenapa xde sape yang membela polis ni? Dia jadi mangsa. Kalau polis tu mati sebab kejar mat rempit, kang lagi orang cakap mat rempit lagi hebat dari polis kat Malaysia ni.

Aku bukan la pro kerajaan anti pembangkang atau pro pembangkang anti kerajaan. Cuma aku lihat masyarakat sekarang dah mula xmenghormati pihak yang mempertahankan negara. Polis, tentera, suma ada peranan masing2. Dan tidak ada satu pon yang amat perfect even sehebat mana pihak tersebut. Kelemahan mesti wujud hatta kehebatannya dikenali seantero dunia.

Hari ni orang kata polis zalim. Esok lusa kalau umah kau kena masuk pencuri, sape kau cari? Tok dukun? Bidan? Adoiii... Nanti kalau ada orang ugut bunuh kau, nak report kat sape? Ape2 hal, polis la jugak. Tapi bila polis tersilap, kita pandang polis macam pandang semak samun belakang umah. Xde nilai.

Oh, panjang2 berleter, sebenarnya sebab aku terfikir satu perkara. Yang silap dicanang2, tapi yang betul ditanam2. Salah tetap terima hukuman. Ini hidup. Kadang2 memang tak adil. Siasatan sedang dijalankan. Kalau polis tu salah, dia bakal terima hukuman. Kita rakyat bisa ni diam jelah. Belajar dari pengalaman.

p/s: dulu masa sekolah aktif kadet polis.
Nisa HEBAT
Ok, kalau kuar ngn sayang je mesti g makan. Paling x alasan nak jmp is nak mtk 'teman' makan. Sayang plak mmg pantang tgk makanan. "i diet, u tau x berat i turun 2 kilo". Ok, kang lepas tu lepak2 g Pakli, mula la nak capuccino blended la, nasik lemak special la, fries la, toast la, telur la ape la macam2. Owh...macam tu rupanya diet.

One thing yang tetiba I realized today, sejak hampir 5 bulan lbeh kebelakangan ni, berat badan cam dah naik je. Gler ah. Wuwuwuuuuuuu.

So, salah satu penyumbang utama ialah dating. Ah, bukan deting je, kalo melepak ngn member2 pon mst nak mkn je. Ok, pasni kita rmai2 pakat tukar port lepak ok. Kte jangan makan dah. Kte g mandi sungai ke, tangkap ayam ke, mengumpat2 ke. *opsss*

Tamoa gemok. Nak kurus. *tolong!!!!!*