Nisa HEBAT
Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one come along, you'd be thankful.

Harus aku berterima ksih kepada Tuhan, kerana mengurniakan aku sebuah kehidupan yang penuh warna dan paras. Yang kadang membuatkan aku tertawa gembira dan kadang aku jatuh dihina. Namun, aku tetap berterima kasih. Setiap yang dikurniakan, pasti mempunyai kelebihan. Setiap yang diterima, pasti mempunyai kegunaan.

Indahkah hidup andai hanya bergelak ketawa? Pasti lebih ceria disulam tangisan jua. Umpama siang yang tidak berganti malam. Umpama lelaki tiada wanita. Umpama hitam tanpa putihnya... Kosong... Suram... Kelam... Lalu, di celah2 kemanisan, tentu lebih pesona dengan sedikit kepahitan. Di celah kegembiraan, wujud sedikit tangisan. Sedikit yang menambahkan rasa. Sedikit yang menjadikan lebih dewasa.

Hati. Hanya hati yang menentukan. Bagaimanakah corak2 warna kehidupan yang diingini. Bagaimana jalan yang ingin ditempuhi. Janlanku kini, aku sendiri tidak pasti. Namun, keyakinan mengubat keraguan. Usaha mengatasi rintangan. Kekuatan melempar kelemahan. Ya, aku pernah tersilap. Aku pernah tersungkur. Aku pernah rebah. Aku pernah menyesal. Aku pernah....

Kini, aku di sini. Menempuhi hari-hari yang mendatang. Mengimbas hari-hari yang berlalu. Tersenyum. Dan kadang aku terpaku dengan langkah aku sendiri. Akukah itu?? Hah! Namun, sejarah x mungkin berubah. Biarkan..biarkan...biarkan... Langkahan tak mungkin berhenti kecuali aku mati...

Terima kasih... Kerana diberi peluang kedua. Peluang untuk membetulkan kesilapan. Peluang untuk lebih mengeratkan. Peluang untuk mempamerkan kejujuran. Peluang untuk terus bersama.... Pernah aku berlari, pernah aku pergi, pernah aku disakiti, engkau taburkan dengan pohonan maaf yang merimbun. Aku bajakan dengan peluang bersulam harapan. Naif diri yang pernah datang, jadikanlah pelajaran sayang....

Terima kasih jua kepada sahabat2 ku.... Andai engkau bergelar sahabat, sahutlah senyuman ini. Terus lah memberi kedamaian di hati. Aku masih bisa berdiri kerana kalian semua. Walau mungkin hanya sejengkal perkenalan kita, namun sahabat tetap sahabat... ;)

Terima Kasih.
3 Responses
  1. (merujuk kepada perenggan terakhir...)

    Aku senyum... (",)



  2. ko x yah la senyum... balik je dh la...