Nisa HEBAT
Melayari arus kehidupan... Menonton tayangan kepura-puraan... Hidup dalam kelompok manusia berakal dan berperasaan membuatkan aku kini terpinga-pinga dan seperti kaku dalam bayangan. Jasadku bergerak, namun bayangnya tetap kekal di situ, seolah-olah enggan bersetuju dengan tingkah jasadku sendiri. Aneh... Sukar... Tidak terkecuali, terkilan....

Hari ini penuh dengan ketidakadilan dan betapa aku rasa pengorbanan dan jeritan aku langsung tidah dihargai apatah lagi digenggam. Aku meredahi segalanya berseorangan, aku ketepikan kepenatan dan lelahku, aku relakan ringgitku melayang-layang, namun segalanya, hambar... Ahhh inikah nilai kasih sayang yang dilaung-laungkan?? Cukuplah sekadar sedikit senyuman mesra, tawa manja untuk memberikan aku ketenangan jiwa...


Kekosongan jiwa yang cuba aku isi, nampaknya menemui kegagalan buat entah yang ke berapa kali. Aku bencikan ini. Aku tidak suka. Ntahlah.... Sesuatu yang pasti, hatiku kini benar-benar terkilan. Tidak pernah aku menyamaratakan wang ringgit dan kasih sayang, tidak pernah aku membandingkan harta dengan masa, tidak... Aku sekadar mahukan sedikit sifat memahami dan menghargai...


Oh, begitu sukar untuk menjaga hati... Kadang hanya kerana frasa 'xpela, jaga hati dia', aku sering terperangkap dalam perangkap yang aku cipta sendiri. Aku seperti tidak mampu melarang diri aku sendiri untuk menjaga hatiku sendiri terlebih dahulu. Aku letih... Kepenatan yang entah di tahap mana. Sehabis daya aku kerahkan akal dan keringatku agar insan2 sekelilingku tertawa bersamaku. Cuba aku tunaikan segala kemahuan biarpun ia membebankan. Ku kotakan segala janji agar tiada hati menagih simpati. Segalanya aku berikan yang terbaik.


Namun, setelah begini, aku sungguh terkilan. Bagaikan menjadi padang permainan kepada manusia untuk bersuka ria. Akulah yang dipijak, akulah yang dijejak untuk bergurau senda. Namun kala aku kekeringan dan kehausan, aku umpama gurun yang tidak sekalipun mahu dipandang apatah lagi dihinggap....


Menjaga Hati, Dijaga Hati, namun... terjagakah???
1 Response
  1. Pisey Says:

    jaga hati mu baek2.sape lagi nak jage kalau kamoo tak jage sendiri kan?

    =)

    saje singgah2.
    aku suka perkataan hebat.
    jadi.
    since nisa hebat.
    aku terpanggil^^

    aku juga hebat =)