Nisa HEBAT
Hancur sungguh hati apabila permata yang disimpan rapi, dibelai manja, rupanya sekadar kaca hingusan pada pandangan mata manusia yang mengaku celik, tapi tuli hati. Betapa rendahnya nilai sebuah kenangan yang pernah direnang bersama. Kebongkakan memijak-mijak dan mentertawa saat-saat kegembiraan yang dilalui bersama. Seolah-olah sedikit pun tidak dihargai. Jauh sekali untuk wujud sebagai helaian-helain memori.

Terpaku aku mendengar. Terdiam aku melihat. Terjatuh aku memandang. Terkesima di ranting tangisan. Tersentak dan tidak terdaya aku untuk mengabadikannya lagi. Tidak aku mampu untuk menyimpannya dengan penuh kasih sayang. Benci. Ya, itulah frasa paling tepat mungkin yang boleh aku luahkan. Yang terpamer hanyalah garisan-garisan kebencian yang kian meluap-luap.


Seolah wujud keinginan untuk membalas dendam. Patah perkataan itu tajamnya bagai menghiris daging untuk dikorbankan. Menusuk. Patah kata yang membuatkan aku terasa disampahkan. Disepak-sepak. Sebuah permata yang diludah-ludah dengan penuh rasa bangga dan angkuh. Langsung tanpa sesalan malah bagaikan kehebatan padanya. Umpama manusia yang lupa pada silamnya. Bagai insan yang terkejut dengan budaya-budaya baru di sekeliling.


Namun, segala yang terjadi ada hikmahnya... Sekurang-kurangnya kini aku tidak lagi terpalit dengan asmara kesakitan. Sudah jauh dari bermesra-mesra dengan tangisan. Tidak lagi perlu memikirkan perasaan yang terpaksa dipaksa. Kini aku bebas untuk melihat keindahan dunia. Menikmatinya.


Kata pepatah, kalau nak menyayangi, biar sekadarnya sahaja. Nak membenci pun biar sekadar sahaja. Nanti yang dibenci itulah yang disayang, yang disayang itulah yang dibenci. Dan hari ini aku mengakui kebenaran pepatah tersebut. Aku menyesal kerana menyayangi dia sepenuh hati. Tanpa ragu, umpama tiada nokhtah sayang itu. Tapi kini, aku berbangga pula kerana akhirnya mampu membenci sepenuh-penuh hati, hanya kerana patah kata yang dia sendiri ucapkan!


Manusia mungkin perlu belajar dan terus belajar untuk menghargai. Penghargaan yang bukan dinilai melalui wang ringgit atau belanja makan, sebaliknya dengan keikhlasan. Juga menghargai melalui tindakan sebagai manusia berakal. Yang tidak singkat pemikirannya.Yang mengerti nilai sebuah hubungan yang dipatri bersama. Yang tau tentang perasaan, dan bukan tentang kegampangan!


What goes around, comes around.
And my biggest mistake is YOU!
Fak kan?
Labels: edit post
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    siapa yang ko bencikan tuh?


  2. Nisa HEBAT Says:

    kalo ko nk tau, kita chat kat ym
    lebih afdal di situ.


  3. Anonymous Says:

    agreed..
    wat goes around...
    does!!comes around...

    live dis life to d max...
    lets cheer every moment with smiles...
    n vanish all those tears...

    go away..sadness..we hate u..
    thumbs up 4 u nisa..u go gurls.. ;)