Emo
Nisa HEBAT
Di dalam keramaian, aku masih merasa sepi....sendiri...aku melihat dunia yang penuh dengan ragam dan tarian manusia. Terlalu banyak gerak langkah diatur dihadapanku, dan aku hanya menjadi pemerhati yang setia..di samping aku menyusun gerak tariku sendiri. Meski agak sumbang dan berkali-kali tersungkur, aku atur semula tariku agar menjadi pesona kepada penontonnya...

Aku melihat kehidupan sebagai pentas yang teaternya tiada penghujung. Kadangkala aku letih...bosan dengan lakonan yang sama, acapkali dipersembah dihadapanku, yg berbeza hanyalah wajah penghiasnya... Bermula detik kelahiranku di cakerawala ini, aku melayari kehidupan bersama 1001 azimat dan ungkapan emas dari insan2 yang mencorakkan sutera hidupku.


Sungguh, sepanjang 21 melihat dunia, tiada sepatah kata apatah prosa yang mampu mendifinisikan apa yang telah aku layari dengan penuh lelah... Onak duri, rintangan, jerat dan habuan seakan2 menjadi permainan duniawi..mengapakah.... Hampir aku tenggelam dalam samudera yang aku cipta sendiri. Aku tidak pasti..tidak mengerti dan tidak memahami. Mungkin segala2nya untuk diyakini...


Aku renangi lautan kehidupan bersama ratusan2 manusia yang turut sama mencari sisiran pantai untuk berteduh...seolah2 lambaian flora menghijau memanggil2 mesra. Mencari2 ruang untuk melepaskan lelah yang tidak pasti bilakah berpenghujung. Dalam lautan yang sama, masing2 berbeza renangannya. Segalanya atas kehendak sendiri... Cara sendiri... Langkah sendiri dan ada yang memilih untuk bersendiri...


Jerat dan perangkap menjadi kayu pengukur kepada manusia untuk membaiki langkah kehidupan. Disajikan dengan pelbagai ragam dan telatah, aku bertanya2 kepada alam,
'mengapa di kepala sama biru langitnya, di kaki berbeza tanahnya??' tidakkah mampu alam memberi keadilan kepada insan2 yang menyedut udara yang sama? Aku simpati... Simpati kepada mereka yang terpaksa mendaki bukit dan berlari laju di kala wujud teman yang menari2 kegembiraan. Tidakkah mampu kegembiraan dikongsi dan tangisan dihindari??

Kepada sang manusia, 'life is unfair'...ya, tidak aku nafikan. Tp manusia adalah manusia...
Kita yang menjadikannya tidak adil,kita jugalah yang mengadilinya dan mengadilkannya. Segalanya adalah dari manusia untuk manusia. Dari hati kepada hati. Dari hitam, putih jadinya... Kita yang membina, kita jualah yang meruntuhnya. Setelah runtuh yang dibina, barulah hati mengerti, betapa indahnya segala yang telah terbina...

Semua itu dapat aku umpamakan dengan hidup ini. Kehilangan.... Sakitnya, peritnya, hanya hati yang merasa. Kehilangan seseorang yang amat disayangi bagaikan kilat yang menyabung. Sekelip mata berlaku namun gegarannya terngiang2 di telinga.
Sekelip mata dia pergi namun bayangannya sentiasa mengekori. Betapa aku sesali kerana tidak menghargai detik2 abadi.. Namun, yang berlaku, biarlah berlaku. Hari ini merupakan sesuatu yang baru. Dan aku tidak mahu segalanya berulang kembali.

Manusia...tidak pernah puas. Aku jua, tiada beza... Apa yang aku harapkan, segala yang berlaku menjadi guru kepada kita.
Menghargai jauh lebih indah dari meratapi... Senyuman hari ini mungkin menjadi tangisan pada masa depan. Tawa sekelip mata boleh menjadi air mata. Suka bakal menjadi duka.

Whateva it is, u determined ur life. Coraklah mengikut kata hati. Namun pastikan warnanya bukanlah kotoran kepada corak itu. Jangan sekali2... Hati meminta, agar lorong di hadapan lebih ceria dan indah rimbanya. Merencana hidup tidaklah semudah berjalan di kaki lima. Cuma, aku tidak mahu, warna yang aku pilih membuatkan aku
kehilangan emas yang aku genggam di mata.....
Labels: edit post
14 Responses
  1. Anonymous Says:

    hehehe..i like..
    even sgt putar belit..
    tp..cukup mdalam..


  2. Nisa HEBAT Says:

    yang dalam itu hanya bleh diselami oleh orang2 yang memahami dan cuba utk menyelami..=)


  3. nice...i hope, with me on ur side, life will be more different than it used to be..


  4. me Says:

    ~ur words r beautiful~
    nice blog..
    i found ur blog trough wan's blog..
    keep on writing..cnt wait for next entry :)


  5. Anonymous Says:

    ramai eaaa..peminat...
    ahkzz...


  6. Nisa HEBAT Says:

    thnx my dear...

    thnx nas!

    rai jgn jeles

    tambah semangat dan berkobar2

    huuuuuuu


  7. untebetine Says:

    xkn ku biarkan nukilan ini mencantas naluri kelakianku! melihat duniawi dapat mengerti diri sendiri..ni lah ringkasan yang dapat ku saratkan.. =)


  8. Nisa HEBAT Says:

    kita yg memerhati dunia untuk mentafsir diri sendiri...dan dunia memerhati untuk mentafsir insani...

    minda berfikir

    akal mentafsir

    hati merasa

    lidah berbicara

    tangan menggapai

    kaki terkapai2...


  9. Anonymous Says:

    rai xjeluz..
    aaahahaha..


  10. Nisa HEBAT Says:

    mcm2 r rai!

    wek wek!!!

    hahahaha


  11. untebetine Says:

    angin slalu bergerak sendri tanpa bntuan reseptor serta ransangan lain..x slh klu nk biarkan kaki tergapai tanpa sebarang momentum dr bumi yang terletak kukuh d bawah..

    *ape aku mrepek nih?*


  12. Anonymous Says:

    penat sudah aku berjalan
    hanya untuk kejarkan cita-cita
    namun masih lagi belum ku sampai
    separuh jalan pun masih belum tiba

    bru 21 tahun je kot..
    lum 30++..
    aaahahaha..


  13. Nisa HEBAT Says:

    utk wan, aku xminat sains kecuali sains rumahtgga.

    hahahahaha

    utk rai, kalo pnt benti dlu

    singgah r&r beli baskin robin

    tdo2 dlu

    pas 2 baru teruskan

    ala lbeh kurang mcm ko buat skang la

    pengangguran.=p


  14. Anonymous Says:

    mangkuk ko..
    !^%@*&^!*&