Nisa HEBAT
'Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan'

'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna'

'Manusia belajar melalui kesilapan dan kegagalan'

Betapa indahnya bahasa melayu untuk menjadi perumpamaan hidup. Membicarakan mengenai kesilapan, kegagalan dan seumpanya.... Aku amat yakin dan pasti, kita semua, pasti pernah melakukan kesilapan. Apa yang membezakan segala kesilapan hanyalah besar atau kurang besarnya kesilapan itu..

Aku hanyalah manusia yg kurang arif lagi naif dalam menjalani kehidupan seharian. Kesilapan sentiasa mengekori langkah2 dan liku2 hidup aku. Sama seperti bayang2 yang menemani perjalanan seharian. Segalanya terpulang kepada diri sendiri bagaimana kita menerima dan memperbaiki atau menambahbaik sesuatu perkara.

Hari ini, pelbagai warna telah mencorakkan hidup aku. Warna yg menceriakan tidak lah bermakna semuanya indah. Ini kerana di sebalik setitik keceriaan, mungkin terselit lautan duka yang hanya mampu kita selami seorang diri...

Berpaksikan tanah yang terpasak, aku melayari hidup bersama teman2 sahabat2 dan manusia2 yang aku kenali serta mereka yang disayangi. Dalam keenakan keindahan alam, aku harungi pelbagai rintangan yang sukar dan juga kejayaan yang manis untuk aku kenang hingga nafas terakhir.

Cuma apa yang ingin aku nyatakan di sini, apa jua kejayaan atau kegagalan dalam hidup ini, segalanya terpulang bagaimana kita menerimanya. Kita mungkin manusia yang gagal atau dangkal. Mungkin terlalu banyak kesilapan telah dilakukan di atas kealpaan diri sendiri. Semua orang mempunyai kisah hitam putih kehidupan. Tapi perlu diingat, kisah lalu bukanlah hakim kepada kehidupan hari ini. Menempuhi degupan seharian, kita adalah manusia yang berbeza dari hari sebelumnya. Seumpama kotoran yang boleh dibersihkan, begitu juga diri kita...

Walau apapun, aku tidak pernah menyesali atas apa yang berlaku. Walaupun ia mungkin memalukan hatta disesali, aku yakin, suratan yang tertulis adalah kehendak yang maha Esa supaya hambaNya menjadi insan yang lebih baik. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku lalui sepanjang diberi peluang untuk bernafas ini. 'Yang tertulis adalah yang terbaik'.

Jadi, aku yakinkan diri aku, walau bagaimana kisah lalu yang berlaku, manis atau pahit, kehidupan harus diteruskan bersama senyuman yang paling ikhlas. Hati perlu bersih dari segala prasangka. Langkah perlu lebih berhati2 supaya tidak terjerat. Tangan harus kuat untuk menggapai kejayaan dan akal harus sentiasa mengawal fikiran.

'Aku tetap aku, yang terbaik untuk diriku'
Labels: edit post
1 Response
  1. Anonymous Says:

    memule bace..
    memang nk gelak2 golek2..
    tp..dah lelame tuh..
    waaah~~..gila la lu..
    feel n meaningful siot~~
    i like..cite la lgi..
    diri ku setia membaca..
    (jujur nehy + serius nehy)