Nisa HEBAT
Kadangkala, kekaburan membawa kita kepada sesuatu yang tidak pasti. Membuatkan kita terpinga-pinga dengan situasi. Langkah demi langkah, nafas demi nafas dan jejak demi jejak ditinggalkan. Namun, biar jauh kaki cuba berlari, seakan-akan detik silam mengekori. Seperti tidak mahu membiarkan memorinya lenyap... Berlari dikejar, berjalan dibiar...

Justeru, apakah yang tepat? Setelah ditinggalkan di bumi luas yang menghijau, manakah arah paling indah untuk dituju? Ke utara atau barat? Selatan atau timur? Atau berdiri di sini sehingga munculnya insan datang menjemput? Harus bagaimanakah mengetahui pilihan paling tepat? Wujudkah manusia yang sudi membantu? Biarlah... Biarlah hanyut di bawa arus...

Dengan harapan arus membawa ke syurga.
0 Responses