Nisa HEBAT
Ketidakpastian... Kekeliruan... Kesangsian...
Arghhh rasa yang tidak pernah mahu lenyap dari perasaan. Bohonglah andai wujud manusia yang tidak pernah merasai rasa2 itu... Kehidupan yang penuh onak bagai membayangi hari-hari yang kadang cerah dan kadang tidak menyerlah...


Sukarnya merasai rasa dan perasaan ini. Hati tidak lagi sepi seperti dulu, sudah terisi dengan gelak tawa sahabat-sahabat serta keluarga yang disayangi. Tetapi, di celah deras tawa dan hilai mesra itu, terselit unsur yang merangsang kepada pertanyaan yang sungguh sukar untuk diramal jawapannya...


Payahnya membuat keputusan apatah lagi bagi menentukan jawapan kepada sesuatu yang bukan persoalan. Yang hanyalah sebuah andaian, namun diri tertarik-tarik untuk mencari kebenaran yang pasti. Ohh.... ingin sekali aku bicara pada bintang sambil mengintai langit di angkasa raya. Terasa mahu memegang bulan sambil mendakap tanah dengan penuh mesra...


Salahkah untuk mentafsirkan ini kiranya tiada yang sudi memandang apatah lagi mendengar. Merengus aku sedetik, terdetak perasaanku seketika. Menghargai dan dihargai jauh berbeza nalurinya. Menyayangi dan disayangi sangat berlainan rentaknya... Apakah yang tepat wahai hati... Manakah yang benar wahai perasaan... Berilah jawapan wahai insan...


Entahlah... dilema yang mengundang kesangsian. Terasa disayangi sepenuh hati, tetapi hati sendiri sudah mati. Ingin mendekati, tetapi tidak pasti penerimaannya... Bonda pernah berkata..; 'andainya di persimpangan, pilihlah insan yang menyayangimu lebih dari kamu menyayanginya, dan bukan insan yang kamu sayangi tetapi dia gentar untuk memberi hatinya padamu'. Bondaku...terima kasih, tetapi sukarnya hanya diri yang mengerti.


Mampukah bernafas bersama, andai tiada sekulamit hati padanya... Namun, tegarkah tersenyum bahagia andai bersama hati yang tidak mengerti keluhuran yang diberi padanya. Ingin ku terbang tinggi dan memerhati fana ini...
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    nak ikut bernafas sama..
    aku perlu membina kekuatan ini kembali..
    rasa cam dah patah hati pun ade..
    rasa cm hampir2 terkandas pun ade..
    huhu..
    ape tah~


  2. Nisa HEBAT Says:

    hidup memerlukan kekuatan
    kekuatan perlu kau ragut dari jiwa sendiri..


  3. maiSarah Says:

    pergh!!!
    kata-kata bonda yg terbaik punya!wakakakaka~



  4. maiSarah Says:

    hahahaha~
    well3..
    aku kan anis...
    =)


  5. Nisa HEBAT Says:

    anis & nasik K*******
    wahahahaha
    mmg xdpt dipisahkan