Nisa HEBAT
Terang yang gelap. Gelap yang malap... Sememangnya perjalanan yang masih jauh. Pendakian yang tiada berpenghujung. Renangan yang entah bila tamatnya. Larian yang melemahkan. Sungguh mudah menguntum senyum tetapi sukarnya hanya jiwa yang mampu mendefinisi.

Mak cakap, 'from your face, you don't look happy Nisa'. 'Iye ke? Ica ok je. You don't have to worry..'. Heh. Seorang ibu yang dikagumi. Sungguh mampu membaca hati anaknya sekadar dari riak wajah...


Mudah mengucapkan kata-kata. Memberi semangat. Tetapi perlu diingat, doktor yang memberi ubat jua terpaksa menelan ubat kala kesakitan hadir... Manusia berbeza-beza. Kehendak dan naluri adalah pelbagai. Bervariasi. Sungguh.


Kadang yang digapai terhempas. Yang digenggam terlepas. Yang di hati lenyap meninggalkan bekas. Luar dugaan. Tanpa jalan. Tiada dikesan. Ghaib. Hah. Kepalsuan yang melintang dengusan takdir. Kepahitan yang menodai senyuman. Kekaburan yang larut diingatan.


Perasaan yang dikongsi bersama hati sendiri. Sukar bukan? Rahsia yang hanya diketahui jiwa. Sesungguhnya, ini jalan terbaik. Menerima dan mengalah. Berdoa dan berserah.
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    cik nisa..
    mak aku pun begitu..
    tp aku ckp aku ok je..
    mereka ni cam paham2 je kan?
    awat x tdoq lg ni..
    sok ad klas pg kowt..
    wahai cik nisa!!


  2. Nisa HEBAT Says:

    aku mmg biasa wat part time jadik guard
    2 yg tdo lambat2
    xreti tdo cpt
    wahahhaa


  3. Anonymous Says:

    sengal ko!


  4. Nisa HEBAT Says:

    wawawawa

    p/s:blog ni hadir dalam time aku gler bosan+teringat2 kesah lama2 dlu.