Nisa HEBAT
Ya..kebelakangan ini aku seperti berenang-renang dalam lautan pencarutan. Tidaklah bermaknanya setiap patah kata yang lahir dari mulut aku ini berunsur pencarutan, tetapi sebaliknya. Ke mana saja aku pergi, Perak, Selangor, Johor, fakulti, salun hatta kedai mamak sekalipun, terngiang-ngiang istilah yang kurang enak didengar. Tabiat yang aku sendiri cuba buang, tetapi bagaikan diasak-asak oleh environment sekeliling ku.

Istilah-istilah seperti f**k, s**t, d**n, b**i, s**l, p****t, palat dan sewaktu dengannya, kala ini bagaikan permainan dan anak kecil. Yang x boleh dipisahkan. Istilah-istilah ini sering singgah di corong pendengaran aku dan arusnya terkeluar melalui ruang mulut aku. Bermula secara tidak sengaja dan sebelum ini menjadi kebiasaan dan kini aku berjaya membuangnya sedikit demi sedikit...


Namun demikian, salahkah sebenarnya mencarut? Erm....pendapat aku, mencarut tu tidaklah bersalah. Ini sebabnya, kala kemarahan menyelubung, dan aku mencarut, terasa bagaikan suatu bebanan yang maha berat terlepas keluar dari dada aku.. Dan wujud kepuasan yang tidak terhingga di situ. Dan kemarahan akan lenyap sebaik sahaja berakhirnya istilah carut terakhir ku...


Bukan kah wujud kebaikan mencarut di situ? Mengapakah masayarakat sering melabelkan insan yang gemar mencarut itu sebagai kurang baik? Andainya mencarut mampu menghilangkan tekanan dan mengurangkan kemarahan, tidakkah boleh ia dilihat sebagai baik? Sama seperti segelintir manusia yang lain, kala marah dan tertekan, pergi nya ke karaoke, swimming, menjerit, dan sebagainya, mengapa xdilihat mencarut itu jua sama seperti aktiviti sedemikian??

Namun, harus ku akui, mencarut itu kurang manis apa tah lagi bagi seorang gadis... Yang harusnya mempamerkan tutur-tutur indah lagi lembut, yang sedap didengar sesejuk hati memandang raut wajahnya... Jadi, kepada gadis-gadis sekalian, yang suka babi-membabi especially, mari berusaha menjadi gadis baik yang tidak mencarut.


Kala marah, lebih baik dan indah di diamkan saja. Silence is golden. Simpan lah kemarahan... Atau luahkan dengan cara yang baik... Dan aku sedang merangkak ke destinasi itu...
Labels: edit post
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    tgk spongebob kn..
    hahaha..
    kalo mcarut tuh..
    d'anggap kelasi kn..
    hahaha..


  2. maiSarah Says:

    haha~
    ayat offence di sini!!!
    trigt ayat iqbal!
    DORG MEMBABI DI FB MCM MENCARUT TU 1 MNDA YG BAGOS!!


  3. Nisa HEBAT Says:

    yeke rai?
    so mencarut 2 adalah kelasi?

    anis: mencarut bkn 1 minda yg bgs
    tp senaman mulut dan menjana minda berfikir secara spontan