Nisa HEBAT
Menikmati keindahan alam, sering membuat kita terpesona... Dan terpanggil untuk merungkai ciptaan yang maha hebat. Kehebatan dan keindahan...

Apabila terciptanya sebuah kejayaan oleh seseorang, kita turut terpanggil untuk mengukir kejayaan yang sama atau mungkin kejayaan yang lebih hebat. Apabila melihat suatu keindahan, kita turut terasa ingin merasai keindahan tersebut. Melihatkan kegembiraan insan lain, menjadikan kita cemburu kerana terpaksa melalui kesedihan.


Namun demikian, sang manusia... Betapa kita menjadikan seseorang itu sebagai idola.. Sebagai perangsang... Sebagai contoh mengejar apa yang dicapainya... Tetapi, di sebalik kejayaan dan kegemilangan sang idola, pernahkah kita merungkai kesedihan dan kepahitan yang mungkin berenang-renang di hatinya... Mahukah kita turut merasai setiap pahit dan manis sang idola...


Nurkilan kala ini, lahirnya kerana aku menerima sms dari seseorang. Yang merasakan hidupku kini umpama sang rama-rama yang bebas beterbangan.. Terbang tanpa halangan dan kawalan... Yang merasakan hidupku kini disaluti kegembiraan. Hah, di sebalik sebuah senyuman, selautan duka terpendam yang membuatkan aku lemas dan tenggelam karam... Beterbangan bebas memang mengasyikkan, namun terbangnya tanpa teman bermakna kesunyian. Terbang tanpa halangan memang mudah, namun tanpa kawalan bermakna kesesatan.


Betapa kita mahu menjadi seseorang, namun sebaliknya wujud seorang lain yang mahu menjadi diri kita... Begitulah dunia.. Manusia yang xpernah puas... Kita terpaku melihat keindahan insan lain sehingga tidak sedar bahawa wujud suatu dalam diri yang tidak kita sedari... Aku merasakan hidup aku kini suram, namun ada insan lain yang ingin menjadi diri aku. Membuatkan aku terfikir sesuatu yang tidak pernah aku terfikir...


Perjalanan yang sukar di mata sendiri, dipandang indah oleh insan lain. Lalu, mengapakah gagal untuk aku melihat dari kaca mata insan lain... Terima kasih kerana membuka mata aku untuk memandang dengan lebih terang.=)




Labels: edit post
0 Responses